Ahad, 12 September 2010

Iklan Solat Tiada Di Malaysia Khas Untuk Muslimah

Selalunya kita jumpa tajuk video 'Iklan Solat Yang Tiada Di Malaysia'. Ini satu video saya terjumpa di FaceBook kat Fun Page 'Light Of Islam'. Iklan yang lain dari yang lain yang sangat menarik, kreatif, dan kena pada sifat2 kebiasaan muslimah. Apa pun saya haraplah jabatan/syarikat penyiaran sama ada kerajaan atau swasta Malaysia kena belajar ikut dan buat iklan seperti di negara arab. :-D

Jumaat, 10 September 2010

Video 3D Animasi Ucapan Hari Raya Aidil Fitri (T.T.S)

Nampaknya saya terlanjak sasar dateline penghasilan video ucapan raya kerana nak buat kejutan sebelum raya. Cuma dapat siapkan video dalam hari Raya Pertama pada pukul 3:30 pg. Walau apa pun saya syukur alhamdullilah dapat siapkan video ucapan yang simple2 ini khas untuk anda semua. Apa pun layanz video ucapan Raya...


SELAMAT HARI RAYA
AIDILFITRI
DAN
MAAF ZAHIR DAN BATIN

P/S :- Sekarang saya berada di Singapura coz beraya dengan Tok Saudara. InsyaAllah ada masa saya akan buat entri pasal 'Pertama Kali Beraya Aidil Fitri Di Singapura'. Walaupun ia entri saja2 tapi saya nak kongsi. ;-)

P/S/S :- T.S.S = Texts To Speech.

Rabu, 8 September 2010

Penemuan Telur Masin Berwarna Kuning Bentuk 'Hati'. (Real)

Tengah sibuk buat kad raya, saya tertukar topik pasal kejadian yang sangat saya terkejuk. Cuba lihat gambar dibawah ini:-

KEJADIAN

Masa bersahur tadi Mak saya ada sajikan telur masin. Saya dapat yang ini. Cantik tak telur kuning bentuk 'Hati'!!!. Original...

Bukti Telur Masin Berwarna Kuning Bentuk 'Hati' boleh tengok video dibawah ini:-

babab.net