Rabu, 22 Mac 2017

Google Doodle P. Ramlee Teringat Gambar Ayah Berbual Dengan 2 Pelakon Terkenal.

Gambar dari (Google Doodles)

Bila lihat gambar lakaran tokoh artis lagenda termasyur Malaysia Allahyarham Tan Sri P.Ramlee atau nama sebenar Tan Sri Datuk Amar Teuku Zakaria Teuku Nyak Putih dari Search Engine Google (Google Doodles) membuatkan saya teringat gambar ayah saya bersama 2 artis terkenal.

Mengikut kata ayah saya masa tu kereta pelakon tu rosak so ramai datang membantu dan sambil itu berkesempatan berbual-bual dengan 2 pelakon terkenal sedang menunggu kereta selesai dibaiki. Kebetulan yang sangat luar biasa ayah saya dapat bertemu artis lagenda Malaysia. ๐Ÿ˜

Sebelah kiri Allahyarham Tan Sri P.Ramlee tu ayah saya.

Ramai turut membantu untuk membawa kereta problem tu ke bengkel.

 Kereta berada di bengkel melihat apa problemnya? ๐Ÿ˜…

Jutaan terima kasih kepada Google Malaysia kerana memberikan penghormatan menerusi Doodles atau lakaran seniman agung itu pada enjin carian internet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sekarang anda boleh buat ulasan disini.

babab.net