Jumaat, 26 Ogos 2011

Salam AidilFitri 1432H Dan Video Ucapan Raya Terbaru


Assalammualaikum.

Lama tak update post blog sepanjang bulan Ramadan kerana kesibukan urusan kerja di office yang terpaksa saya fokus sebelum dateline. Ok lah... Sedar tak sedar beberapa hari lagi kita nak berhari raya. Seperti biasa lah saya ingin menguncapkan Selamat Hari Raya AidilFirti Maaf Zahir Dan Batin.

Oh ya... Saya ada nak kongsi satu video 3D animasi Haiya BidDoa untuk anda semua.


Sesiapa ada FaceBook tue mari lah kita Like Fan Page Haiya BidDoa. Ia merupakan siri capsule animasi 3D 1 minit yang mengajak adik-adik berdoa.. Mari Berdoa dalam bahasa melayunya, mengisahkan perihal Habib dan sepupunya Zara. Masing-Masing 6 dan 5 tahun. Mereka ke tadika, mereka di rumah dan mereka belajar doa..!

P/S:- Tahun ni balik kampung di Klate. Memang rindu sesangat dah hampir 2 tahun tak blik kampung kat klate.

Ahad, 31 Julai 2011

Esok Dah Masuk Bulan Ramadhan!!! \(^_^)/


Sedar tak sedar esok dah masuk bulan Ramadhan. So hari ini pada waktu malam bermulalah solat sunat tarawih secara berjemaah di Masjid.

Seperti biasa lah saya ingin menguncapkan Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadhan Yang Penuh Mulia Dan Berkat. \(^,^)/

Oh ya... Saya ada nak kongsi satu video 3D animasi Haiya BidDoa untuk anda semua.



The month we have been waiting for. The month of barakah... (^_^)

Sesiapa ada FaceBook tue mari lah kita Like Fan Page Haiya BidDoa. Ia merupakan siri capsule animasi 3D 1 minit yang mengajak adik-adik berdoa.. Mari Berdoa dalam bahasa melayunya, mengisahkan perihal Habib dan sepupunya Zara. Masing-Masing 6 dan 5 tahun. Mereka ke tadika, mereka di rumah dan mereka belajar doa..!

Jumaat, 15 Julai 2011

3D Animasi pendek terbaru. Haiya BidDoa (Marilah Berdoa)

3D Animasi Terbaru Haiya BidDoa (Mari Berdoa)

Assalammualaikum... Sudah lama saya tak update blog personal saya kerana kerja pejabat dan rumah sangat ketat, lagi-lagi kesihatan saya agak terjejas kerana saya perlu berehat walaupun ada masa terluang nak berblog, hehee. (^_^)'

Alhamdullilah... Saya sangat bersyukur kerana ada berita yang sangat menarik nak kongsikan kepada anda semua. Satu 3D animasi pendek terbaru yang menarik, cute, dan lucu sesuai untuk semua peringkat umur. iaitu Haiya BidDoa (Mari Berdoa)

Haiya BidDoa merupakan satu siri animasi 3D mengajak anak kecil berdoa. Memperkenalkan adanya doa, mendengarkan doa dan menggalakkannya dalam kerja harian.




Sesiapa ada facebook tue apa kata anda like fan page Haiya BidDoa (Mari Berdoa) di https://www.facebook.com/pages/Haiya-BidDoa/136672186414839. Ia masih dalam proses lagi apa pun sama2 kita meriahkan di fan page ini... \(^_^)/

P/S:- Saya dan rakan sekerja juga turut menjayakan 3D animasi Haiya BidDoa (Mari Berdoa).

Ahad, 22 Mei 2011

Melayu Pun Ada Cerita Seperti Pirates Of Carribean???


Selama ini kita tahu orang putih jee ada kisah rekaan pasal pengembaraan kapal lanun contoh seperti yang ditayangkan pawagam seluruh dunia sekarang iaitu Pirates Of Caribbean. Melayu pun ada juga kisah rekaan pengembaraan kapal lanun bertajuk Sandokan (Sandakan) The Tiger Malaysia cuma lain sedikit jalan cerita ia berkisahkan perjuangan Sandokan menentang penjajah british.

Kisah Sandokan The Tiger Malaysia begitu popular sehingga ada drama siri (Drama siri dalam bahasa inggeris sukar saya search di Youtube mahu pun pak cik Google, ia hanya dalam bahasa German) dan animasi siri.

Untuk mengetahui selanjut berkaitan info Sandokan The Tiger Malaysia layari http://en.wikipedia.org/wiki/Sandokan dan juga buku dari publiching ITNM (Institut Terjemahan Negara Malaysia).

Kisah Sandokan dalam bentuk drama siri. Tiada dalam bahasa inggeris setakat saya cari dengan bantuan Google dan Youtube.

Animasi siri Sandokan cuma watak dalam bentuk haiwan.

Tak salah saya ada animasi siri ini pernah ditayangkan di TV3 masa dulu...

P/S:- Bukan orang Melayu hasilkan kisah lanun ini. Asalnya seorang wartawan dan penulis novel dari negara Itali, Emilio Salgari.

Jumaat, 20 Mei 2011

Kisah Benar: Peniaga Nyaris Terkena Pokok Tumbang!!!


Pada hari rabu lepas seorang peniaga laksa dan cendol nyaris terkena pokok tumbang ke jalan di seksyen 13 Shah Alam. Kata peniaga ia langsung tidak sedar dan tidak berganjak ke tempat lain sebelum pokok tumbang cuma hanya pemilik motor yang sedang beli makanan kena di bahagian tempat duduk belakang.

Apa pun tuhan masih sayangkan pada hambanya dan kita doakan semoga peniaga dapat membuka kedai baru. Memang best sangat laksa dan cendol dia. Masa rehat dan lepas office hour ramai yang beli makanan di kedai nie... (^^,)

Khamis, 19 Mei 2011

AKU TIDAK SOLAT.. TETAPI AKU TETAP BERJAYA...Itu adalah ISTIDRAJ...Apa itu ISTIDRAJ???

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.


Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?


Maka saya hendak bertanya kepada anda.


Adakah anda tahu apa itu istidraj?


Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?


Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.


Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.


Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.


Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.


Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,


“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”


Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.


Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al- Quran.


Nah… Apakah itu yang kita mahu?


Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?


Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”


Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.


Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.


Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.


Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.


“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”


ALLAH menjawab,


“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”


Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,


“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”


Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.


Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.


Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?


Saya yakin tidak..


Anda tenang sekarang?


Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.


Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.


Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.


thx anis for sharing. (^_^)


Kredit :- Dari kawan FaceBook...

Ahad, 8 Mei 2011

Relevankah hari ibu disambut di kalangan umat Islam?

Siapakah yang paling utama mengingati dan mengenang jasa ibu? Jawabnya, sudah pastilah anak-anak.


Sambutan hari ibu menjadi satu keperluan di kalangan masyarakat Barat, lantaran berleluasanya keruntuhan institusi keluarga sehingga ibu tidak dihormati malah dilupakan. Ibu-ibu yang terlalu tua pula ada yang dianggap sebagai beban.


Dengan adanya hari ibu akan memberi peluang kepada anak-anak menunjukkan kasih dan hormat kepada mereka.


Hilang kasih sayang, hormat dan taat anak kepada ibu kerana majoriti anak-anak membesar di bawah jagaan pembantu rumah atau pusat asuhan. Sebab itu di Barat adanya apa yang dinamakan taman asuhan, sekolah makan (eating school), sekolah main (playing school), pra-tadika dan tadika.


Semua institusi ini tempat anak membesar tanpa mendapat kasih sayang ibu, secara langsung institusi tersebutlah merupakan ibu-ibu mereka.


Relevankah hari ibu disambut di kalangan umat Islam?


"Syurga di bawah tapak kaki ibu". Dalam Islam, anak mengenang jasa ibu bukan sahaja semasa hidup.


Dituntut anak menyantuni ibu bapa hingga perkataan "ah" pun dilarang. Seorang anak sudah dianggap tidak mengenang jasa ibu bapa sekiranya meninggalkan berdoa lebih dari seminggu. Doa anak yang soleh terus mengalir kepada ibu bapa yang telah meninggal dunia.


Ikatan ibu bapa dan anak bukan sekadar pertalian darah dan zuriat. Lebih dari itu ada jalinan tersembunyi sehingga dosa anak memungkinkan ibu bapa turut menanggung bersama. Dan pahala anak juga turut menjadi saham kepada ibu bapa.


Bagi umat Islam, Hari Ibu sebenarnya disambut tiap-tiap hari. Jasa ibu dikenang hingga ke Akhirat. Tiada sebarang alasan untuk memutuskan hubungan antara anak dan ibu bapa walaupun mereka masih kafir sedangkan anaknya telah Islam.


Syurga di bawah tapak kaki ibu


Kredit :-

Mohd Fadli Yusof

https://www.facebook.com/mfadli11

http://www.facebook.com/note.php?note_id=420924481718

P/S:- Jika ada persoalan yang timbul dari artikal ini bolehlah anda terus ke FaceBook Ustaz Mohd Fadli Yusof.



Lawat Halaman Penaja:

Bestari Shop - Produk Pemakanan Sunnah - NR Bashirah

Berumrah bersama kami - Bimbingan dan tarbiyah sepanjang jalan. Rabbani Travel & Tours Sdn Bhd, hubungi saya 012-4962812, Mohd Fadli Yusof.

Isnin, 11 April 2011

Maher Zain - Sepanjang Hidup (Edit Dan Mix) [Asal Tajuk Lagu "For The Rest Of My Life"]


Edit lagu Maher Zain dari album VCD Karaoke Maher Zain Thank You Allah dan mix kan dari link youtube MZIFC (Maher Zain Indonesia Fan Club) http://youtu.be/7-j5F-I68jA.

Memang Maher Zain nyanyi lagu nie, asal tajuk lagu nie dalam bahasa inggeris 'For The Rest Of My Life'. Apa pun memang best sangat Maher Zain nyanyi lagu dalam bahasa indonesia/melayu. (^^,)



Aku bersyukur kau di sini, kasih
Di kalbuku, mengiringi
Dan padamu
Ingin kusampaikan
Kau cahaya hati
Dulu kupalingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya

OOOOO

Inilah janjiku kepadamu

Chorus:

Sepanjang hidup
Bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu
Kaulah cintaku, cintaku
Sepanjang hidup
Seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan s'lamanya
Aku milikmu

Yakini hatiku
Kau anugerah sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih, penguat jiwa
Kuberdoa, kau dan aku di Jannah
Kutemukan kekuatanku di sisimu
kau hadir sempurnakan s'luruh hidupku

OOOO

Inilah janjiku kepadamu

[Chorus]

Yakini hatiku
Bersamamu, kusadari inilah cinta
Tiada ragu,
Dengarkanlah kidung cintaku yang abadi

P/S :- Nie adalah lagu yang edit dan mix kan. Nak yang betul2 kenalah tunggu yea. Mesti ada orang uploadkan lagu Maher Zain - Sepanjang Hidup. (^^,)

P/S/S :- InsyaAllah... Ada masa saya akan masukkan lirik di Sub-Title Youtube. :-D

Ahad, 3 April 2011

Musnah habis Chrome Notebook, IPad Dan IPhone jadi serbuk...

CEO Blentec yang berani blend benda-benda keras dan lembut.

Jarang kita dengar VLog biz Pak Cik nie yang suka bermacam-macam dia blend benda kecik, kayu dan lain-lain yang keras atau lembut. Yang paling terkejut dia sanggup blend gajet peribadi yang mahal dan terlatest iaitu Chrome Notebook, IPad dan Iphone!!! Walau apa pun ramai yang menonton VLog Pak Cik nie yang sudah mencecah 100 juta.

So... Saksikan Chrome Notebook, IPad, dan IPhone yang Pak Cik blendkan sehingga jadi serbuk. Oh ya! Jangan cuba dirumah yea... (@_@)




-> Nak tonton Vlog banyak dari Pak Cik nie layari http://www.youtube.com/user/blendtec

Nak beli produk blend nie di Malaysia cuba link ini:-

:-> Info dapat dari member Facebook...

Ahad, 20 Mac 2011

Virtual Keyboard Dan EvoMouse Bakal Digunakan Dalam Tahun Ini.


Tak lama lagi kita akan pakai 2 alat terbaru paling tercanggih sekali iaitu EvoMouse dan Virtual Keyboard dengan hanya menyentuh di atas meja sahaja (Jika cahaya tue kena meja, dinding, atau lantai dan dapat kesan tangan, kaki, dan lain2 anggota badan).

Caranya mudah hanya pasang yang ada sambungan USB, dan juga sokongan bluetooth.

Kemungkinan besar dalam beberapa bulan atau tahun tak perlulah pakai keyboard dan mouse optical biasa. Apa pun saksikan 2 alat terbaru paling canggih abad ini... :-D

Design nampak anjing daa... Nanti ada design lain bila company tue nak pasarkan seluruh dunia.

Smart tue. Main tekan atas meja jee... :-D

P/S:- Ermmmm... Main game berbentuk First Person Shooter (Cth:- Counter Strike) lagi ok ke atau lagi menyusahkan??? ('_')

-> Low Yat, Imbi, Digital Mall dan lain2 kedai komputer dah ada keluar tak 2 alat nie?

Mengetahui info berkaitan produk ini layari http://www.celluon.com/.

Khamis, 17 Mac 2011

Kisah Benar Saat Akhir Kehidupan Sarah

Selalunya saya buat post berkaitan kisah benar melibatkan diri saya. Ok lah post kali ini kisah benar melibatkan seorang gadis kacukan Lebano dan Australia tentang saat kehidupan terakhir yang bernama Sarah. Apa saya nak kongsikan bukan dalam bentuk tulisan tapi dalam bentuk komik digital cuma ia dalam bahasa inggeris.

Ok lah... Saya harap anda (perempuan atau pompuan sangat sesuai baca komik digital ini) selepas membaca komik 'Sarah A True Story' ini ambil lah aktibar dan pengajaran.

Untuk Melihat Lebih Jelas Klik Gambar Atau klik Front Cover

Untuk Melihat Lebih Jelas Klik Gambar Atau klik Part-01
Untuk Melihat Lebih Jelas Klik Gambar Atau klik Part-02
Untuk Melihat Lebih Jelas Klik Gambar Atau klik Part-03
Untuk Melihat Lebih Jelas Klik Gambar Atau klik Part-04 (Ending)

Kredit Komik Digital:- http://tuffix.deviantart.com/

Selasa, 15 Mac 2011

DealMates.com: Peluang Dapatkan SmartPhone Android HTC Desire HD. :-D

DealMates(DealMates)

Nie pun saya tahu melalui fan page FaceBook Oh!Media akhir bulan lepas. So saya mencuba lah join DealMates.com nie. Macam best jee kerana dah ada seorang yang berjaya dapat free Apple IPad 16Gb Wifi berharga RM1549. Lihat gambar di bawah ini...
Buzz Deal Winner

Minggu ini ada berita best dari DealMates.com nak bagi free gajet iaitu dapat SmartPhone Android HTC Desire HD. Hanya klik "BUY" tanpa perlu membuat pembayaran (memang free) dan anda layak untuk menjadi di antara yang bertuah menerima gajet ini. :-D


P/S:- Cuba jee mana tau antara korang bertuah dapat SmartPhone Android HTC Desire HD. Sign-up Free. \(^.^)/

Isnin, 14 Mac 2011

ArtWork 2D Animasi Dulu-dulu Tahun 2001 - 2005

Oh! Nie antara artwork saya dulu-dulu bermula dari kolej (2001) hingga sebelum dapat berkerja sebenar sebagai 3D animator dan visual effect pada tahun 2006.

Artwork 2D animasi saya hasilkan ada secara solo dan berkumpulan hanya 3 orang sahaja. Masa tue pakai perisian Macromedia Flash 5 hingga MX dan kadang-kadang ada pakai 3D Studio Max 3. Berformat .*exe dan .*swf. Semua artwork 2D animasi dihasilkan hanya screen saver, e-card, dan Interaktif.

Jadi sejak ada perisian convert SWF ke Video. Saya dah mula convert artwork dulu-dulu saya untuk jadikan kenangan. (^^,)


(Interaktif)

(E-Card)

(E-Card)

(Screen Saver)

Korang ada artwork animasi buat di Macromedia Flash atau Adobe Flash untuk convert ke video. Saya suggest pakai software Sothink SWF to Video Converter V2.4. Walaupun ada buat programming sama ada game dan lain-lain ia boleh diconvert secara captured dan frame by frame. :-D

Ahad, 13 Mac 2011

Oh! Hujan Dan Hujan Lagi...

Oh! Fenomena Hujan... Hujan dan hujan lagi.

Untuk Melihat Lebih Jelas Klik Gambar Atau klik

Untuk Melihat Lebih Jelas Klik Gambar Atau klik

-> Jarang beli Majalah Apo?. Huhuhuuu... Ada lawak pasal hujan terbaru (Hujan Part-02) so upload jee lah. Yang Hujan Part-01 punya saya ambik link dari http://solehahs.blogspot.com/2010/03/baju-hujan-dahulu-dan-sekarang.html. Apo pon den suko karya komik lawok dari Lambok. X-D

Ahad, 6 Mac 2011

Adobe Flash Versi 11 Bakal Sokong Aplikasi Java 3D API


Tentu anda biasa mendengar satu perisian interaktif dari Adobe Flash (dulu Macomedia Flash) untuk anda bermain permainan online dan juga tonton animasi.

Sekarang ini Adobe Flash bakal menyediakan satu sokongan aplikasi yang menjadi kenyataan tak lama lagi walaupun ia masih dalam proses iaitu 3D API. Jika anda ingin lihat anda perlu download Adobe Flash Player versi 11 (Incubator Build) di http://labs.adobe.com/downloads/flashplatformruntimes_incubator.html bahagian tajuk Flash Player Incubator Debug Installers cuma untuk aplikasi Google Chrome belum ada lagi. Mozilla Firefox dan Internet Explorer sahaja dapat sokong aplikasi ini.

Selepas anda download aplikasi driver anda boleh lihat beberapa sample Adobe Flash Player versi 11 yang sudah pun dihasilkan:-

MAX RACER

TANK ONLINE (Game Online)

Dan Lain-lain termasuk aplikasi game online, dan interaktif 3D.

Kepada yang suka mengkaji tentang aplikasi ini anda boleh layari ke http://alternativaplatform.com/en/download7/. Anda boleh lihat cara-cara dihasilkan 3D API di perisian Adobe Flash. Untuk cuba menghasilkan 3D model anda sendiri saya cadangkan pakai perisian 3D Studio Max dan download plug-in di http://alternativaplatform.com/en/16-12-2010/ (Anda kena isi form diorang sediakan)

Apa pun ia masih dalam proses lagi. Memang lambat nak lihat dan bermain game online yang menggunakan sokongan Adobe Flash Player 11. Jika siap sepenuhnya tentu ia menambahkan lagi kemudahan dan keseronokan untuk anda semua. :-D



P/S:- 3D API... Setahu saya ia asal dari Java 3D API untuk permainan dan interaktif di handphone.

-> Lama tak buat post blog kerana kesibukan kerja2 di office membuatkan saya perlu fokus dan kejar dateline. Walau bagaimana pun saya tetap akan kongsi info2 yang bagus untuk anda semua dan berhajat nak buat satu blog baru nanti. InsyaAllah... (^^,)

Isnin, 28 Februari 2011

Rabu, 23 Februari 2011

Isu berkaitan artikel "JANGAN GUNAKAN PERKATAAN 'SALAM'"


Ramai yang keliru dan mempertikaikan sejak orang berkongsi artikel (termasuk sayalah) berkaitan JANGAN GUNAKAN PERKATAAN 'SALAM' dari sumber yang kita tidak ketahui kesahihannya. Ini antara artikel saya dapat dari Mohd Fadli Yusof.

-------------------------------------------------------------------------

Jawapan Saya kepada Artikel JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"


Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan. (juga di sini)


Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?


Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.


Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM".


Penulisnya menulis:

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)


فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ


Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)


Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.


Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT.


سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬


Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)


Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:


وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا


Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)


إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ


Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)


سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ


"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)


سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ


"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)


Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.


Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan,


الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله


Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..

Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..


Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,


إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا


"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al Ahzaab 33:56)


“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]


Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?


p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.


Silakan Tag @ Share


-------------------------------------------------------------------------


Jadi boleh digunakan perkataan "Salam". Saya meminta maaf atas apa yang saya kongsikan beberapa hari lepas berkaitan artikel JANGAN GUNAKAN PERKATAAN 'SALAM'. Apa pun sebelum saya nak kongsi artikel dari orang punya perlu periksa dahulu, dan jika saya terlepas pandang berkongsi info yang ada mengelirukan saya terima teguran dan kritikan membina dari anda semua.

babab.net