Sabtu, 23 Januari 2010

Animasi 2D Malaysia 80an

Susah juga nak cari animasi 2D zaman 80an dahulu dekat internet. Buat masa ini saya hanya jumpa 4 animasi 2D sahaja. Apa pun kita lihat... (^_^)


Rabu, 20 Januari 2010

Pertama kali pergi rawatan Bekam

Asalnya saya fikir nak derma darah untuk tahun ini. Tetapi pada hari sabtu malam secara kebetulan saya berjalan-jalan dekat pasar Malam di Uptown Damansara terjumpa satu tempat baru ada buat rawatan untuk urut refleks, Urut badan, dan yang terbaru rawatan Bekam. Harganya murah bekam angin RM10 untuk semua point bahagian badan sahaja, bagi Bekam darah salah satu point dekat bahagian badan RM15. Saya fikir-fikir buat pada hari ahad kerana bawa bujet sikit masa itu. ;-P

Ok... Ini gambar-gambar saya kena rawatan bekam pada hari Ahad. Ops... Saya cover bahagian perut dan kepala. Hehehee... ;-)

Bekam angin hanya RM10 semua bahagian.

Selepas Bekam angin. Ada bekas badan terlalu merah itu tanda ada masalah penyakit saya.

Bekam Darah

Semua jumlah saya bayar hanya RM130 percuma satu bahagian badan untuk bekam darah dan urut badan. Ini sangat murah saya sudah tengok mana-mana kedai buat rawatan bekam satu bahagian untuk bekam darah RM20 atau RM50.

Untuk mengetahui kelebihan bekam ini anda layari blog ini http://promote5.blogspirit.com.

Bagi saya rawatan bekam paling bagus selain daripada rawatan yang saya kena sekali masa dahulu iaitu akupuntur. Saya dah rasa selepas rawatan bekam ia meringankan masalah sakit kepala, dan badan. Jadi anda cubalah rawatan ini walaupun nampak gerun kerana darah tetapi ia memberi kesihatan. (^_^)

P/S :- Kalau boleh saya nak cuba rawatan bekam dengan menggunakan lintah. ;-)

P/S/S :- Nasihat saya, orang yang sudah derma darah elok biar lepas 3 atau 6 bulan baru boleh buat bekam. Jikalau sudah buat bekam biar lepas 3 atau 6 bulan untuk nak derma darah. Tujuannya ia membentukkan kembali darah kita seperti biasa...





Sabtu, 2 Januari 2010

Domain Akan Ditukar Kepada "Azwan2010"

Seperti saya tulis entri yang lepas bertajuk Selamat Tahun Baru 2010. Sekali lagi saya terpaksa tulis balik entri ini kerana saya baru perasan ada sesetengah blog mengambil link ini untuk memberi pembaca-pembaca blog. Saya pun tak jangka juga walaupun blog ini tidaklah seberapa pun. Apa pun terima kasih saya ucapkan walaupun tanpa izin untuk promote blog ini dengan selitkan nama saya.

Ok... Dengan ini saya akan tukarkan domain pada 10 Januari 2010 dengan link URL baru http://azwan2010.blogspot.com. Tetapi dibahagian pengatas saya dah tukar Azwan2009 ke Azwan2010. Dan juga saya akan tukar template blog ini...

Sekian,

P/S:- Blog ini sentiasa akan tukar mengikut tahun... (^_^)

Maklumat Tambahan Sikit:-
Ada perubahan entri sikit kerana saya mengikut persekitaran. Banyak kerja-kerja penting kena siapkan di tempat saya kerja sehingga tak sempat nak buat entri baru. Saya akan membuat perubahan sedikit demi sedikit, yang dah tukar hanya setting iklan web Nuffnang dekat Manage Blog agar syarikat iklan web dapat memlihat. Selain itu template blog akan diubah dan kemungkinan saya akan asingkan iklan-iklan berkaitan produk Digital dan Fizikal dibahagian lain, saya akui jika banyak iklan membuatkan ia bertambah berat yang boleh melambatkan lagi proses untuk buka blog ini.

babab.net